Tuesday, December 28, 2010

masih adakah hari esok? (PART 2)

"awak ada beberapa masalah komplikasi jantung, tapi tak serius, masih dalam keadaan baik".
terngiang-ngiang di telinga aku dengan apa yang doktor beritahu aku tadi. gelap sekejap rasanya dunia ni. apapun, hidup aku perlu teruskan.

hari ni, 28 Disember 2010, jam 10 pagi- aku ditemani Madi ke hospital Seremban seperti yang dijanjikan. terima kasih Madi, sebab sudi teman aku sampai ke tahap ni. aku akan kenang jasa kau sampai mati. setibanya aku di sana, aku terus laporkan diri di kaunter kerana appointment aku dengan doktor tepat jam 11 pagi. seperti biasa, hospital kerajaan, temu janji pukul 11 pagi, pukul 12 tengahari belum tentu dapat jumpa doktor.

selesai bersemuka dengan doktor yang manis ayu, aku terus bertambah kusut. kenapa aku di uji dengan masalah ni pula? hanya Tuhan yang tahu, yup! aku sebagai hamba kena redha. bak kata cik azie, caranya sembahyang dan berdoa. insya Allah, nasihat membina. tengok muka doktor yang manis ayu tu pun, tak rasa apa-apa. haha.

"awak, di saat saya memerlukan sokongan, awak pergi. saya tahu, saya memerlukan Allah di saat ini, tapi tak salahkan jika saya katakan saya juga memerlukan awak di saat ini? saat-saat saya akan habiskan sisa-sisa hidup saya."

aku rasa macam nak tulis sesuatu yang boleh merawat rasa hati aku, tapi aku tak layak untuk itu. mungkin aku patut terus seperti ini, diam sendiri. sembunyi dalam sepi, tanpa sesiapa mengetahui. aku ingin terus begini, tapi aku masih punya teman yang ramai di sisi aku yang tak boleh aku tinggalkan.mereka penting bagiku,ayah mak, kakak, adik-adik, sahabat-sahabat, semuanya aku perlukan. biarlah hal ini terus aku simpan. mungkin bekalan yang akanku bawa ke hari kelak, mungkin.

ayah dan mak. aku tipu mereka tadi. perlu ke aku menipu insan yang melahirkan aku? sedangkan mereka mati-matian membesarkan aku sejak kecil. disebabkan rasa kasih, aku tipu mereka. yup, aku perlu tipu mereka agar mereka sentiasa rasa senang, tidak gusar memikirkan aku. cukuplah selama ini aku menyusahkan ayah, mak dan sekalian alam. cukuplah.
"doktor cakap balong cuma lelah je mak".
ayat  penipu, tetapi bermakna untuk ketenangan hati mereka. madi? cuma madi tahu, aku yakin madi akan simpan hal ini hingga akhir masa nanti.

kini, aku berdiri atas kaki sendiri. aku tidak mengharapkan belas sesiapa lagi, aku tak perlu bantuan itu dan ini, aku tidak tegar menyusah insan-insan ini, aku mampu hidup begini.

"assalamualaikum,
awak, xpe. saya terima kehendak awak kali ni. sebab awak dah banyak mengalah utk saya. jadi, kali ni saya mengalah. saya tak kan ganggu awak lagi. jaga diri ye awak. ingat, Allah ada bersama awak. apepun masalah awak, rujuk lah Dia. Dia tahu apa yang patut awak tahu. Dia uji apa yang awak mampu. insya Allah. setiap ujian ada ganjaran setimpal.
salam"

ayat ini aku kirimkan pada insan tersayang semalam, agar dia melupakan aku mungkin. hati aku sayang dia, tetapi hati aku lagi berat untuk menyiksa dirinya. cukuplah dia bersedih selama itu, tiada sebab aku ingin menjadi lelaki seterusnya yang menyiksa air mata puteri ini. andai aku ada masa, aku akan terus, terus, dan terus menjadi pelindungnya, siang dan malam, setiap genap ruang masa yang ada. tetapi keadaan aku kini membatasi segalanya, baik aku begini, dan dia begitu. 

dan teman-teman yang lain, terima kasih untuk kalian yang berdiri denganku, aku hormat kamu semua. kamu terbaik! ^_^ setiap yang ada di dunia fana ini, aku kirimkan pada semua teman, jiwa aku kosong tanpa kalian, rindui aku, kerana hati ini juga akan belajar merindu barangkali. 

selepas ini, aku akan ke destinasi seterusnya. mencari pengalaman baru, meneruskan sisa hidup yang masih berbaki. tetapi, masih adakah hari esok untukku?



1 comment: