Wednesday, December 29, 2010

Perempuan Bertudung Buat Maksiat? Teruk?

"dah lah bertudung, tapi buat maksiat",

"eii, minah yang kena tangkap basah tu pakai tudung?"

"pakai tudung, tapi tak sembahyang".

Ayat-ayat ini sering kita dengar terutama dikalangan rakan-rakan, pakcik-pakcik, makcik-makcik, dan biasanya hal ini gempar dikalangan perempuan yang hidup berjiran. Kerap 'gossip' panas begini menjadi bualan manusia dajal yang berhati hasad terhadap perempuan bertudung yang sering diprovokasi.

Sejauh mana kebenaran mereka, saya tidak pasti. Namun fenomena 'gadis bertudung' ini semakin hari, semakin panas diceritakan. 'Gadis bertudung' ungkapan era moden, trendi zaman kini.

Mereka bertudung kerana menuntut fitrah agama atau sekadar mengikut trend semasa, itu saya tidak pasti. Tetapi gadis-gadis ini sekurang-kurangnya mereka tahu akan hukum aurat di mata masyarakat. Mereka jauh lebih baik daripada gadis yang mendedahkan rambut ala Shakira, atau Jenifer Lopez, mendedahkan payu dara sana-sini, mendedahkan betis yang berkilat, mendedahkan peha yang berlipat seperti pelacur, mana yang lebih baik?

Setidak-tidaknya gadis bertudung ini terlepas daripada satu hukum Allah S.W.T iaitu hukuman mendedahkan aurat, setidak-tidaknya mereka tahu menjaga susila mengikut resam dan adat Melayu. Hal ini lebih tidak menuntut kesopanan di mata masyarakat setempat. Mungkin sebahagian daripada mereka curang pada agama dengan berjinak-jinak dalam maksiat, tetapi itu hak mereka, kau kisah apa? Kalau kau bijak, kau pandai, kau arif dalam hal-hal agama, bangun, dan tegur mereka. Bukan hanya sekadar memandang, kemudian buat cerita panas di belakang. Inilah kesilapan masyarakat rumpun Melayu, berlagak pandai, tetapi hakikatnya bodoh dan dungu. Pandai berkata, sekadar itu sahaja, respon atau tindakan, haram tiada.

Bagaimana pula dengan gadis yang tidak bertudung, dedah aurat situ sini, pakai sekadar tutup kemaluan, tetapi mengaku Islam, bernama Aminah, Radiah, Jamilah, kemudian berlaku maksiat? Bukankah itu lebih teruk dan dashyat?

Sekiranya hal ini berterusan, maka Islam hanya tinggal pada nama, Melayu hanya tinggal dalam sejarah. Bangkit wahai bangsa, jangan tidur, tenggelam dengan mimpi-mimpi mainan Yahudi dan Freemason!

Persoalannya, mampukah kita berubah ke tahap itu? 
"Takkan Melayu hilang di dunia". Jangan hanya moto ini tinggal dalam lipatan sejarah.

No comments:

Post a Comment