Thursday, December 30, 2010

INDONESIA - PROVOKASI - (HARIMAU BAHAM GARUDA)

Provokasi apa lagi yang mahu ditimbulkan oleh Indonesia? Setelah mereka tewas kepada pasukan Malaysia dengan agregat 4-2 pada aksi Final Piala Suzuki AFF 2010 semalam. Terdahulu, heboh media Indonesia menyalahkan penonton Malaysia menganggu konsentrasi pemain-pemain Indonesia dengan pancaran laser sewaktu mereka tewas 0-3 pusingan pertama aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil. Alasan yang langsung tidak boleh diterima akal!

Selain daripada alasan pancaran laser, akhbar tempatan Indonesia (maklumat sulit) turut menyatakan Malaysia menggunakan khidmat bomoh untuk menang dalam perlawanan pusingan pertama final itu. Akhbar tersebut mendakwa pasukan Malaysia mendapatkan khidmat bomoh dari Thailand, India dan China.

Alasan yang lagi tak masuk akal! Alasan anak-anak tak sekolah. Dakwaan mereka itu seumpama membuka pekung di dada sendiri kerana selama ini, merekalah yang acap kali menggunakan taktik kotor untuk menang dalam setiap perlawanan. Mereka memberitahu akhbar bahawa mereka mengetahui hal tersebut melalui seorang pawang terkenal (nama dirahsiakan) di Indonesia. Maka, terbuktilah yang mereka sebenarnya kerap mendapatkan khidmat-khidmat bomoh.

Hal ini boleh diumpamakan seperti situasi,

"Adik, jangan bagitahu mak abang hisap rokok tau",

si adik pula berjanji tidak akan membocorkan perkara itu. Pada suatu hari, maknya bertanyakan pada si adik, sama ada si abang menghisap rokok atau tidak, dan adiknya menjawab,

"Abang cakap, jangan bagitahu mak, abang hisap rokok".

Bodohkan? Tetapi budak kecil itu tidak bodoh, kerana dia masih kecil untuk berfikir dengan matang. Sedangkan rakyat Indonesia lah yang bodoh, nak buka keburukan orang lain, terbuka keburukan diri sendiri, bangang!

Kini, kehebatan pasukan Malaysia sudah terbukti, apabila Malaysia masih mampu untuk menang walaupun dikecam maha laknat oleh penyokong Indonesia yang tiada ketamadunan. Sekalipun beraksi di gelanggang sendiri, mereka gagal memanfaatkan kelebihan tersebut untuk bergelar juara. Nah!!! Sudah terbukti, Indonesia hanya jaguh kampung!

Tidak perlu memberi atau membuat berbagai alasan, dan tidak perlu melemparkan pelbagai tuduhan palsu, tolonglah penyokong-penyokong Indonesia semua, jangan putar belitkan kelemahan sendiri. Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya  dan jahilnya semangat kesukanan dalam diri anda.

Jika dilihat apa yang berlaku ke atas pundak bahu pemain-pemain Malaysia sewaktu sebelum sepak mula di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, lebih maha dahsyat dan mengerunkan mata dunia. 

Mari sini saya ungkapkan satu persatu kejilikan penyokong-penyokong Indonesia terhadap pemain Malaysia :

1. Mereka mengadakan rusuhan dan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia, dengan sepanduk yang mencaci-caci skuad muda negara. 
  - Pernahkah pemain Indonesia diserang sebegitu semasa mereka berada di Malaysia pada perlawanan yang lepas?

2. Pemain, Pengurus, dan Pegawai-pengawai pasukan terpaksa dibawa menaiki kereta kebal untuk datang ke stadium dari hotel penginapan.
  - Belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia dari zaman Atok aku dalam perut, pemain diiring dengan kereta perisai.

3. 200 Penyokong Malaysia yang hadir ke Jakarta untuk menyaksikan dan memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaysia terpaksa menonton di layar besar Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, kerana bimbang akan keselamatan diri akibat tindakan puak-puak pelampau Indonesia.
  -Penyokong Indonesia seramai 15,000 orang yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil diberi penghormatan besar dengan disediakan tempat duduk khas untuk mereka sewaktu perlawanan terdahulu.

4. Penjaga Kubu negara, Khairul Fahmi Che Mat seringkali disinari pancaran laser oleh penyokong-penyokong Garuda Kepatahan Sayap pada perlawanan malam tadi.
  -Tiada sebarang provokasi yang dilakukan oleh Fahmi terhadap tindakan biadap penyokong Indonesia. Malah, beliau menampilkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan Indonesia termasuk berjaya menampan kemas sepakan penalti, dan menepis keluar sepakan percuma Indonesia.

5. Serangan Siber oleh rakyat Indonesia termasuk di Fan Page FAM sendiri.
  -Kata-kata kesat yang agak melampau dilontarkan oleh mereka.

Sedarlah bahawa dalam perlawanan, siapa yang terbaik, dialah yang akan menang. Malaysia bermain dengan baik, dan Malaysia layak untuk bergelar pemenang.

Sayur je. . . itulah yang diungkapkan oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim. Kalau dah sayur, memang sayur!

Wednesday, December 29, 2010

Perempuan Bertudung Buat Maksiat? Teruk?

"dah lah bertudung, tapi buat maksiat",

"eii, minah yang kena tangkap basah tu pakai tudung?"

"pakai tudung, tapi tak sembahyang".

Ayat-ayat ini sering kita dengar terutama dikalangan rakan-rakan, pakcik-pakcik, makcik-makcik, dan biasanya hal ini gempar dikalangan perempuan yang hidup berjiran. Kerap 'gossip' panas begini menjadi bualan manusia dajal yang berhati hasad terhadap perempuan bertudung yang sering diprovokasi.

Sejauh mana kebenaran mereka, saya tidak pasti. Namun fenomena 'gadis bertudung' ini semakin hari, semakin panas diceritakan. 'Gadis bertudung' ungkapan era moden, trendi zaman kini.

Mereka bertudung kerana menuntut fitrah agama atau sekadar mengikut trend semasa, itu saya tidak pasti. Tetapi gadis-gadis ini sekurang-kurangnya mereka tahu akan hukum aurat di mata masyarakat. Mereka jauh lebih baik daripada gadis yang mendedahkan rambut ala Shakira, atau Jenifer Lopez, mendedahkan payu dara sana-sini, mendedahkan betis yang berkilat, mendedahkan peha yang berlipat seperti pelacur, mana yang lebih baik?

Setidak-tidaknya gadis bertudung ini terlepas daripada satu hukum Allah S.W.T iaitu hukuman mendedahkan aurat, setidak-tidaknya mereka tahu menjaga susila mengikut resam dan adat Melayu. Hal ini lebih tidak menuntut kesopanan di mata masyarakat setempat. Mungkin sebahagian daripada mereka curang pada agama dengan berjinak-jinak dalam maksiat, tetapi itu hak mereka, kau kisah apa? Kalau kau bijak, kau pandai, kau arif dalam hal-hal agama, bangun, dan tegur mereka. Bukan hanya sekadar memandang, kemudian buat cerita panas di belakang. Inilah kesilapan masyarakat rumpun Melayu, berlagak pandai, tetapi hakikatnya bodoh dan dungu. Pandai berkata, sekadar itu sahaja, respon atau tindakan, haram tiada.

Bagaimana pula dengan gadis yang tidak bertudung, dedah aurat situ sini, pakai sekadar tutup kemaluan, tetapi mengaku Islam, bernama Aminah, Radiah, Jamilah, kemudian berlaku maksiat? Bukankah itu lebih teruk dan dashyat?

Sekiranya hal ini berterusan, maka Islam hanya tinggal pada nama, Melayu hanya tinggal dalam sejarah. Bangkit wahai bangsa, jangan tidur, tenggelam dengan mimpi-mimpi mainan Yahudi dan Freemason!

Persoalannya, mampukah kita berubah ke tahap itu? 
"Takkan Melayu hilang di dunia". Jangan hanya moto ini tinggal dalam lipatan sejarah.

Tuesday, December 28, 2010

masih adakah hari esok? (PART 2)

"awak ada beberapa masalah komplikasi jantung, tapi tak serius, masih dalam keadaan baik".
terngiang-ngiang di telinga aku dengan apa yang doktor beritahu aku tadi. gelap sekejap rasanya dunia ni. apapun, hidup aku perlu teruskan.

hari ni, 28 Disember 2010, jam 10 pagi- aku ditemani Madi ke hospital Seremban seperti yang dijanjikan. terima kasih Madi, sebab sudi teman aku sampai ke tahap ni. aku akan kenang jasa kau sampai mati. setibanya aku di sana, aku terus laporkan diri di kaunter kerana appointment aku dengan doktor tepat jam 11 pagi. seperti biasa, hospital kerajaan, temu janji pukul 11 pagi, pukul 12 tengahari belum tentu dapat jumpa doktor.

selesai bersemuka dengan doktor yang manis ayu, aku terus bertambah kusut. kenapa aku di uji dengan masalah ni pula? hanya Tuhan yang tahu, yup! aku sebagai hamba kena redha. bak kata cik azie, caranya sembahyang dan berdoa. insya Allah, nasihat membina. tengok muka doktor yang manis ayu tu pun, tak rasa apa-apa. haha.

"awak, di saat saya memerlukan sokongan, awak pergi. saya tahu, saya memerlukan Allah di saat ini, tapi tak salahkan jika saya katakan saya juga memerlukan awak di saat ini? saat-saat saya akan habiskan sisa-sisa hidup saya."

aku rasa macam nak tulis sesuatu yang boleh merawat rasa hati aku, tapi aku tak layak untuk itu. mungkin aku patut terus seperti ini, diam sendiri. sembunyi dalam sepi, tanpa sesiapa mengetahui. aku ingin terus begini, tapi aku masih punya teman yang ramai di sisi aku yang tak boleh aku tinggalkan.mereka penting bagiku,ayah mak, kakak, adik-adik, sahabat-sahabat, semuanya aku perlukan. biarlah hal ini terus aku simpan. mungkin bekalan yang akanku bawa ke hari kelak, mungkin.

ayah dan mak. aku tipu mereka tadi. perlu ke aku menipu insan yang melahirkan aku? sedangkan mereka mati-matian membesarkan aku sejak kecil. disebabkan rasa kasih, aku tipu mereka. yup, aku perlu tipu mereka agar mereka sentiasa rasa senang, tidak gusar memikirkan aku. cukuplah selama ini aku menyusahkan ayah, mak dan sekalian alam. cukuplah.
"doktor cakap balong cuma lelah je mak".
ayat  penipu, tetapi bermakna untuk ketenangan hati mereka. madi? cuma madi tahu, aku yakin madi akan simpan hal ini hingga akhir masa nanti.

kini, aku berdiri atas kaki sendiri. aku tidak mengharapkan belas sesiapa lagi, aku tak perlu bantuan itu dan ini, aku tidak tegar menyusah insan-insan ini, aku mampu hidup begini.

"assalamualaikum,
awak, xpe. saya terima kehendak awak kali ni. sebab awak dah banyak mengalah utk saya. jadi, kali ni saya mengalah. saya tak kan ganggu awak lagi. jaga diri ye awak. ingat, Allah ada bersama awak. apepun masalah awak, rujuk lah Dia. Dia tahu apa yang patut awak tahu. Dia uji apa yang awak mampu. insya Allah. setiap ujian ada ganjaran setimpal.
salam"

ayat ini aku kirimkan pada insan tersayang semalam, agar dia melupakan aku mungkin. hati aku sayang dia, tetapi hati aku lagi berat untuk menyiksa dirinya. cukuplah dia bersedih selama itu, tiada sebab aku ingin menjadi lelaki seterusnya yang menyiksa air mata puteri ini. andai aku ada masa, aku akan terus, terus, dan terus menjadi pelindungnya, siang dan malam, setiap genap ruang masa yang ada. tetapi keadaan aku kini membatasi segalanya, baik aku begini, dan dia begitu. 

dan teman-teman yang lain, terima kasih untuk kalian yang berdiri denganku, aku hormat kamu semua. kamu terbaik! ^_^ setiap yang ada di dunia fana ini, aku kirimkan pada semua teman, jiwa aku kosong tanpa kalian, rindui aku, kerana hati ini juga akan belajar merindu barangkali. 

selepas ini, aku akan ke destinasi seterusnya. mencari pengalaman baru, meneruskan sisa hidup yang masih berbaki. tetapi, masih adakah hari esok untukku?



Monday, December 27, 2010

Aktiviti esok hari. masih adakah hari esok? (PART 1)

        Yup. esok banyak sangat aktiviti. esok aku nak ke hospital seremban, untuk buat check up sekali lagi. harap-harap tekaan doktor tu salah. Ya Allah, aku tak abis-abis diuji. dah setel satu masalah, datang pula penyakit yang aku pun tak pasti kebenarannya. betullah, jangan minta yang bukan-bukan. kan Dia dah bagi.

        Hari sabtu, 25 disember 2010-9 a.m. tiba-tiba aku terbangun. aku rasa sakit sangat dada aku. aku lelah mencari nafas. payahnya nak tarik, lagi sakit bila nak hembus.
aduh, kenapa rasa sakit sangat ni. aku tak tahu nak minta tolong siapa. takkan nak cakap dengan cleaner hotel ni pula. aku bangun juga sebab aku rasa, baik aku lawan dari aku biar tebaring macam ni.  bila aku bangun, makin sakit aku nak bernafas. tadi ok lagi, cuma rasa susah, sekarang sakit pula.

       Aku bangun, mandi cepat-cepat sebab tak tahan sangat. siap-siap ala kadar, aku terus pergi klinik terdekat di ayer keroh ni. jumpa!~ dengan muka selamba pucat aku cakap dengan akak yang bertugas dekat kaunter tu. dah masuk jumpa doktor, doktor cakap aku kena rujuk kat hospital. lah, macam tu pula, apa pun tak kisah lah dok. aku dah tak tahan sakit ni. datanglah van yang ditakuti aku di klinik ni, untuk aku ke hospital melaka.

       Kali kedua aku naik van 'mayat' ni dalam hidup aku. kali pertama, masa aku kemalangan dulu, masa usia aku 19 tahun. masa tu aku dalam perjalanan balik rumah aku, kononnya nak sambut hari lahir ayah aku, tapi akhirnya kami semua sambut kat hospital selayang. haha. cerita tu mugkin aku akan tulis pada hari akan datang, hari yang lain.

      Sampai kat hospital, aku terus dilayan di bahagian separa kritikal." tolonglah doktor, saya tak tahan sakit" ayat tu lah yang aku ulang-ulang kat doktor kat situ, sebab aku dah betul-betul sakit, tak boleh nafas, sesak, macam-macam lagi aku rasa. baju aku, ditanggalkan. yang aku tahu, nurse-nurse kat sana bagi aku alat bantuan pernafasan. kemudian, aku diberi ubat pelali, mungkin ubat tidur. lepas tu, aku terus tak sedarkan diri. lama juga aku tertidur. bila aku sedar, ayah aku dah ada depan mata aku. ya Tuhan, macam mana lah ayah aku boleh tahu aku kat sini. aku pun tak tahu.

      mak cakap doktor suspek aku ada masalah jantung. ????? aku tercengang. aku pandang ayah, ayah terus keluar. ayah tak toleh pun kat aku. (ayah, kenapa ayah lari, sedangkan balong yang hadapi ni, bukan ayah)
aku tak boleh bersuara. masuk kali ni, dah dua kali aku menangis minggu ni. aku pun tak tahu kenapa aku menangis. sebab? tiada sebab barangkali. aku redha. ni mungkin ujian Allah, Dia nak uji aku. ya Tuhan, aku masih hambaMu.

      mak tanya kenapa aku boleh ada kat Melaka. aku tak tahu nak cakap apa. apa yang pasti, aku rindukan arwah tok mak. aku bagitahu yang aku nak ziarah pusara tok mak. Aku nak nangis depan pusaranya, aku nak doa banyak-banyak untuk dia, dan sebab yang lain, biarlah aku simpan seorang. mungkin ada hikmah semua ni.

      sekarang aku di bangi. ayah tak bagi aku duduk sini, dan aku cakap, "tak salahkan balong nak jumpa kawan-kawan? mungkin esok dah tak da lagi". ayah diam, kunci mulut terus. kelakarlah ayah aku ni.

      esok, penentu bagi masalah aku. sama ada betul atau tak esok lah harinya. mungkin ya, aku redha, atau mungkin tidak, aku bersyukur. ya Allah, tabahkan lah hati hamba yang satu.
mak tak nak teman. mak kata dia takut. haha. ayah pula, diam seribu bahasa. diam. diam. diam. punca aku sendiri tak tahu. alamatnya aku pergi seoranglah esok.

     baru aku tahu kenapa aku rindu sangat dengan arwah tok mak. mungkin aku nak ikut dia. wallahua'lam.

bersambung. . .

Wednesday, November 17, 2010

Nota Si Lelaki

aku pernah jatuh cinta, bercinta dan kecundang dalam cinta.
kini aku jatuh dlm jerangkap ni lagi.
aduh, hati oh hati. tak reti nak duduk diam.
tak pernah serik, xpernah mengalah.
tak kenal erti sakit.
ape lagi yg aku boleh harapkan.
aku tahu, aku perlu luruskan cinta aku pada Dia.
tapi aku mnusia yg berfitrah, yang tak lekang daripada rasa syg dan ksh pd kaum berlawanan denganku.
tak salahkan?
aku tak daya menolak cinta yg dtg secara tiba-tiba pd kaum yg satu ni.
makin aku cakap tak, makin datang, makin tak nak, makin kuat menerjah dlm jiwa lelaki ni.


banyak kali gagal, aku tak larat. cuma perasaan ADAM yg kuat membuatkan aku tak pernah bosan dengan kalimah "cinta manusia".
ditinggalkan? kena tipu? kena bodoh? dicurangi? tak payah terangkan, semua aku dah rasa, semua dah ada.

cume ada satu cerita, yang buat aku benci pada HAWA
al-kisah yg aku tak kan lupakan sepanjang hayat-
aku tak tahulah, aku patut sedih, kecewa, atau ape dgn kisah hitam ni.
kami bercinta since form4 lagi. kami kenal mase sama-sama join kursus kepimpinan SBP kat Rawang. aku mewakili sekolah aku, dan dia student ****
duduk dlm satu kumpulan yg sama membuatkan kami rapat dan saling mgenali antara satu sama lain. bermula edisi bertukar-tukar no. dan sejak itu, kami rapat, rapat, dan rapat.
dan aku dengan lagak gentlemen luahkan lah ape yg tersirat dlm hati aku pd dia.alhmadulillah, semuanya berjalan lancar dan dia memberi respon yg baik. kami sama-sama meniti hari bersama. walaupun jauh, dia di selatan tanah air, aku di sempadan utara tanah air. jauh, tapi jarak yg memisahkan tidak sesekali mjauhkan  2 hati yg hangat bercinta.

tragedi bermula semasa aku berumur 18thn, ketika itu aku sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka dan dia di ****. sekali lagi kami berjauhan, cuma latar tempat dan masa yg berbeza. parents dia, smpai satu family dia aku kenal. pakcik, mak cik, uncle, aunty, semuanya aku kenal, dan mereka juga sama, begitu dengan keluarga aku, semuanya mengenali ****.
dan pada detik itu, Allah telah menunjukkan keajaiban pada cinta kami yg tak kesampaian.masa tu aku balik bercuti hujung minggu di rumah. dia ditangkap bersama pasangannya di sebuah hotel di JB. aku dapat tahu pun dari mak Eja (aunty dia), kalau tak, sumpah! sampai mati aku tak tahu cerita ni.

"saiful, kau kat mane ni?kau nak merosakkan anak dara orang, jgnlah rosakkan anak dara keluarga ni!" jerit lolong mak Eja pada aku dalam phone.


aku terpinga-pinga sekejap. anak dara rosak? aku rosakkan? aku tak faham.


"err, mak Eja saya rosakkan sape? anak dara orang? sape?", aku jawab dengan nada penuh yakin, tetapi ada getar suara di hujung talian.


"saiful bukan dgn **** ke? bukan kat johor? saiful kat mane nie?", suara mak Eja mulai mengendur, mungkin dia perasan dengan nada terkejut aku tadi.


"saya kat rumah family sy, mak Eja. knape ni mak Eja? anak dara sape? sape rosakkan? sy tak faham apepun nie", tanyaku pada dia lagi.


"nie  **** kena tangkap basah kat johor ni. mak Eja ingatkan dengan saiful. tu yang mak Eja call, nak tau ape sebenarnye blaku." terang mak Eja, perlahan, macam berbisik, mungkin tersedar, dia tersalah marahkan orang.


"Haa??! ape mak Eja? **** kena tangkap?!! dengan sape??", sumpah,aku terkejut! sumpah,aku tak percaya! sumpah, ni lah kali pertama aku mnitiskan air mate tuk kaum bergelar wanita! sumpah, aku tak tahu bila air mata aku jatuh...yang pasti, aku rasa mcm batu besar hempap atas kepala aku....yang pasti, aku rasa mata aku basah, perit...yang pasti, aku rasa hati aku hancur digilis-gilis...yang pasti, jiwa lelaki aku kacau, rosak, punah...




aku tetapkan gagahkan kudratku tuk melawat rumah keluarganya. seperti yang aku jangka, semua dlm rumah tu senyap, sunyi, sepi macam tiada penghuni. aku cekalkan hati dan badan yg lemah ni tuk menatap wajah mereka. jelas kecewa di mata mereka, aku nampak sinar mata mamanya yang bengkak disirami air jernih.
ya, aku pasti, ni akan menjadi kali terakhir aku melihat mereka, ni akan jadi kali terakhir aku menjejakkan kaki ke mahligai mama dan papanya. ya Allah, tabahkanlah hati dan jiwaku ini.

kini, genap 3 tahun perpisahan kami. ke mana dia? aku tak tahu. mungkin sedang berbahagia dengan pilihan hati yg baru. tanggal 17 November akan menjadi satu lagi tarikh dalam lipatan sejarah hidupku. di sini aku dikecewakan, aku ditinggalkan, aku ditpu, aku dibodohkan oleh hamba bergelar HAWA. sampai hati kaum ini. hati mereka lembut, tetapi keras tuk mengecewakan hati kami kaum-kaum ADAM.

dan pada tarikh ini lagi, hati aku terus-terusan mencintai kaum ini. jangan tanya sebabnya. aku pun tiada jawapan yang tepat. apa yang pasti, aku tak pernah berputus harap tuk mencintai dan menyayangi kaum yang satu ini.jika kamu merasakan aku akan kecewa dengan sikap mereka, nah, telah aku rasakan pedihnya 3 tahun yang dulu. jika kamu merasakan aku akan lemah pada noda janji sumpah setia mereka, aku telah laluinya 3 tahun yang lalu. namun, hati lelaki ini, tak kan pernah padam mencintai mereka, kerana lumrah nyawa bersatu dengan jasad, lumrah adam bersatu dengan hawa.

aku tiada putus harap.










04.05 pm (MODE : terkenang)

Tuesday, November 16, 2010

ape yang kau faham?

kau kate kau faham.
ape yg kau faham?
ape yg kau mgertikan kan?
setiap kali aku cakap, kau kate kau faham, faham, dan terus faham.
hakikatnya tak, kau tak faham apepun kan?

bosan. mungkin aku ini mbosankan.
mungkin juga aku ini menjengkelkan.
atau mungkin aku ini buta tuli.
sukar membezakan yg kaca dan belian di depan mata.

kini, aku pergi, dan kau minta aku kembali?
i just can say no, never~
aku tak akan jilat ludah aku.

jika kau ada prinsip, aku juga sebegitu.
jika kau ada pegangan, aku juga sama.
jika kau ada pendirian, aku berdiri teguh pada jasad diri.
kau dan aku serupa, tp kita ada corak pemikiran yg berbeza.

ape yg kau faham?
kau tidak faham ape2.


11.15 pm (MODE : bertambah sunyi)