Monday, May 23, 2011

Lelaki Jatuh Cinta?

Lelaki, sukar mengungkap kata-kata cinta.
Apa lagi nak berjiwang karat.
Bagi mereka, kata-kata "i love you", "saya sayang awak", adalah kalimah yang mahal, bukan senang-senang untuk diungkap.

Lelaki, jatuh cinta kepada perempuan yang betul-betul memikat hatinya.
Bukan memandang paras rupa, apatah lagi memandang kesempurnaan.
Bagi lelaki, apa yang penting, mereka rasa senang disamping wanita idaman mereka.
Bahkan, wanita dicintailah puncak semangat mereka untuk melakukan segala-galanya.

Lelaki, hebat luaran, tampak ganas, kasar, dan jarang menunjukkan sifat lemah lembut.
Tetapi, sedarkah anda, lelaki jiwanya lebih lembut dari sehelai kain sutera?
Jauh di sudut hati mereka, mereka ini hamba Allah yang ber'jiwa-jiwa'.
"Muka ganas, dalam hati ada taman", merupakan mesej jelas menggambarkan sifat lelaki yang sebenar.

Lelaki, jika dilihat dari sudut nakalnya, mereka sememangnya ahli dunia yang amat nakal.
Namun, jika mereka tak diberi kesempatan, mereka takkan melakukannya terus, silap-silap, kempunanlah isteri mereka untuk merasai nikmat sentuhan suami yang dicintai. Oleh sebab itu, kaum hawa janganlah mengelak andai suami/kekasih anda bersifat romantis dan ingin bermanja. Ingat! Lelaki ini egonya tinggi, cuma jarang mereka tunjuk. Sekali anda cabar keegoan mereka, maaf, pandai-pandailah pujuk. Tak perlu rujuk terlalu jauh, lihat sahaja akan sirah Nabi Muhammad SAW. Sewaktu Rasulullah SAW merajuk dengan isteri-isterinya, Baginda membawa diri ke masjid, dan tidur, solat, berehat di mimbar masjid kerana terasa hati akan  isteri-isterinya yang bertelingkah akan siapa antara mereka yang paling disayangi Baginda. Akhirnya, isteri-isteri Baginda berdamai dan bersama-sama memujuk Rasulullah SAW. Lihat? Maka, jangan dicabar keegoan  kaum Adam ini, ada batasnya.

Lelaki, melakukan segala-galanya untuk kekasih hati mereka. Namun mereka bukan meminta balasan. Tidak sama sekali! Apa yang mereka mahukan hanyalah rasa dihargai, itu sahaja. Cukuplah dengan ungkapan, "I LOVE U", atau "Thanks Dear/Abang/Sayang/B etc." Itu sudah menggambarkan anda betul-betul menghargai lelaki ini.

Lelaki, sekali mereka sayang, sekali mereka cinta, sampai kesudah mereka akan cinta, akan sayang. Jadi, hargailah lelaki yang ada di sisi anda. Mereka tidak hebat, mereka tidak popular, mereka juga tidak sempurna serba-serbi, tetapi mereka lelaki yang bermakna yang perlu anda sedar akan kehadiran mereka. 

No comments:

Post a Comment